Hello guys...
Well sekarang dah musim durian semula kan...wow...my faveret tu especially yang isi dia warna kuning tu
soooooo la nyummy kan
n aku paling tak suka nak beli durian sebabb nya selalu je beli mesti dapat yang tak elok isi nya
lagi puas hati kalau dari pokok sendiri and sangat nikmat
aku memang 'hantu durian' kalau 2 biji tu memang aku sorang je la...
sedapppp woooo
rugile sape tak makan durian kan
nyummyyyyyssss |
Bahan-bahan
- 250gm tepung gandum
- 2 biji telur
- 500 ml santan (nak guna fresh milk pun boleh)
- sedikit garam (tak perlu banyak ye)
- pewarna (ikut le uolls nak warna ape, kuning, hijau, pink, oren eh ikut le uollss)
Filing
- Non dairy whipping cream yang dipukul kental
- Isi durian
- coklat rice (option tak nak letak pun tak pe)
Cara-cara
- Campurkan semua bahan2 tadi (kecuali bahan untuk filing), kemudian blend kan dia dan tapis.
-Panaskan non stick pan tadi (tak perlu guna minyak), dengan api yang kecil ye
- Tuangkan 1 senduk adunan tadi di atas non stick pan tadi, tak perlu di balikkan, dan biarkan permukaan atas tu kering dan boleh le di angkat.
- Lepas tu boleh le letak whipping cream tadi di tengah2 crepe tadi, letakjuga isi durian dan taburkan sedikit coklat rice...lepas tu lipatkan ia menjadi seperti bantal gebu
- Simpan di dalam peti sejuk
so nyummyyyyy |
senang je kan nak buat dia...berbaloi2 tau...dah le senang mudah lak tu...
alah kalau uollss malas sangat nak buat (macam aku la tu, hihihi) beli je
banyak orang yang jual kan...ade yang jual 5 ketul RM 10, 6 ketul RM 10
kalau aku 1 memang tak cukup...2 pun tak cukup...
kalau itu gayanya memang tak de maknanya le my diet ni
ohhhhhhhh
Sedapnya durian crepe.. :-)
BalasPadamsgt sedap. ...tak cukup 1...
BalasPadam