Ahad, 7 Julai 2013

RESIPI : PUDING ROTI SOS KASTARD


Assalamualaikum

Teringat dulu masa zaman sekolah rendah, tiap kali rehat mesti nak cari kuih ni, kalau kebetulan hari tu ade mesti nak beli 2@3, sebab dia sedap sangat...biasele aku ni mane penah makan cukup 1...hihihi, masa tu aku tak tau pun nama kueh ni apa...hahaha..ala masa tu sekolah rendah lagi...

And hari tu 1st time aku buat sendiri puding roti, aku ni memang suka sangat makan...(no wonder le aku tak kurus2, hehehehe) 1st time try ni tade le jadi sangat,,,bentuk dia pun tak cantik...but my mom n my adik said
SEDAP...wooooo....tak tau la depa nak jaga hati i je ke apa...:p

Bahan A :-

Fresh milk (tak kisah le dutch lady ke nestle ke , ikut le uolls nak guna brand ape)
8 keping roti (tak kisah le brand apa, gardenia ke, masimo ke)
Kismis
Sedikit butter

Bahan B :-

3 Sudu gula halus
2 sudu butter dicairkan
2 biji telur
1 sudu esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan kuah :-

1 tin susu cair
2 sudu tepung kastard
1 sudu gula


Cara-cara

- Sapukan butter pada roti (step ni tak buat pun tak pe)
- Koyakkan roti tadi dan letak dalam loyang yang kita nak bakar dia nanti
- Taburkan kismis
- Rendamkan roti kita tadi dengan fresh milk
- Kacau atau gaulkan bahan B tadi dan tuangkan kedalam loyang yang kita rendamkan roti tadi
- Bakar dalam suhu 180'c lebih kurang 30 minit/masak, dan biarkan ia sejuk sebelum di masukkan ke dalam fridge
-Untuk kuah, masak bahan C tadi di atas api yang sederhana
- Masa nak makan tu t boleh le uolls tuangkan sos kastard tdi di atas bread puding tu


ok selamat mencuba dan selamat menambah lemak juge nya...hehehe...:p





Tiada ulasan:

Catat Ulasan