Sabtu, 11 Mei 2013

SELAMAT DATANG BULAN REJAB


Assalammualaikum

Syukur kita di pertemukan semula dengan bulan Rejab, masih di beri kesempatan untuk menambah dan memperbaiki ibadat-ibadat kita untuk bekalan di sana nanti....
Terima Kasih Ya Allah


Marilah sama-sama kita pertingkatkan lagi doa dan dzikir

sumber : google

 Bulan Rejab termasuk salah satu di antara bulan suci dan dinamakan sebagai bulan Allah.
Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud:" Bulan Rejab bulan Allah, bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.".

ANTARA KELEBIHAN BULAN REJAB :-

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
  • barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rejab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
  • berpuasa dua hari dalam bulan Rejab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
  • berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
  • berpuasa tujuh hari dalam bulan Rejab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
  • berpuasa lapan hari dalam bulan Rejab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
  • berpuasa lima hari dalam bulan Rejab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
  • berpuasa lima belas hari dalam bulan Rejab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya.”
  •  Berpuasa di awal Rejab, pertengahannya dan akhir Rejab akan seperti sebulan puasa pahalanya.
  • Sesiapa yang bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.
  • Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. 
**SUBHANALLAH BANYAK SUNGGUH KELEBIHAN BULAN REJAB**

marilah kita sama-sama mengambil keberkatan dan menggunakan kesempatan yang masih ada untuk menambah bekalan di sana nanti.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan