Assalamualaikum
Hari ni aku nak share dengan korang tips atau amalan yang buat kita bertambah MURAH REZEKI
- Bangun awal pagi, jangan le kita g sambung zzzz lepas tido ye.
Nabi SAW bersabda maksudnya : “Pergilah awal pagi untuk mencari rezeki dan keperluan kerana pagi membawa keberkatan dan kejayaan.” (Hadis Riwayat Tabrani, Ibnu Adi)
Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur pada waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya, "Bangun! Apakah kamu tidur pada waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"
- Sentiasa mengingati Allah, jangan le kita ni jadi hamba yang tak bersyukur...time susah baru nak ingat Allah, patut ke tidak uolls?? Pastikan juga yang kita menjaga betul2 solat 5 waktu kita dan jangan LENGAH2 kan solat ye - seeloknya berjemaah (ingatan untuk diri sendiri juga ni)
- Memperbanyakkan istighfar
- meninggalkan perbuatan dosa - yelah kita dah beristighfar, seeloknya jauhkan diri dari melakukan dosa
Sabda Rasulullah S.A.W : "...dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya" (Hadis Riwayat At-Tirmizi)
- Berbakti dan mendoakan kebaikan dan kesejahteraan ibu bapa kita
- Banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W
Dengan berselawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,
dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat.
- bersedekah dan tidak riak dengan sedekah itu
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI YANG MENERIMANabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali k.wj maksudnya : "Wahai Ali ! Sedekah yang sembunyi-sembunyi itu dapat mereda murka Allah dan dapat menarik rezeki dan berkah yang banyak. Maka berpagi-pagilah kalau bersedekah. Kerana sesungguhnya bahaya itu turun pagi hari, sebelum bahaya turun, bersedekahlah sehingga dapat menolak bahaya di udara."
- menjaga silaturahim
- SOLAH DHUHA
- DOA , USAHA , TAWAKAL - jangan sesekali BERPUTUS ASA
betul2 :)) xelok tido lepas subuh.. :) peringatan utk saya juga..thanks :))
BalasPadamye aisya..tapi itulah yang selalu saya buat...
BalasPadam